Diri

Siapa aku
Siapa mereka
Tarafku rendah
Layaknya dipijak-pijak

Dia hebat
Dia punya itu ini
Dia punya segalanya

Aku
Apa ada
Sekujur tubuh
Menunggu tarikh luput
Bila-bila masa takku kesah

Ujian
Menjadi diriku
Payah
Sukar
Fikiran serabut
Identiti celaru
Bisa saja jadi gila
Mudah lagi
Meniru watak manusia lain
Menipu perasaan sendiri
Ah
Diam

Heh. 
Kau lupa. Setiap yang baik, ada yang buruk. Kau lupa. Tiada apa yang sempurna melainkan Dia. Kau lupa. Siapa kau. Kau lupa. Akan hakikat manusia itu pelupa. Terus saja kau merendahkan diri, hingga menyembah bumi, sujud kepada yang bernama makhluk juga. Terus sahaja kau memperbodohkan diri sendiri. Terus saja kau melempar tohmahan pada takdir. Takdir yang kau salah tafsirkan. Di mata kau, mereka di atas, tinggi di langit tak mampu kau capai. Pernah kau fikir di mana sebenarnya kaki kau memijak saat itu? Kau berpijak di bumi yang nyata. Bumi kau. Di situ tempat kau. Tempat untuk menjadi diri kau, yang sebenar.

No comments:

Post a Comment