Oh nikmatnya !

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum tertulis muqaddimah yang boleh tahan awkwardnya... 

- - 

Ha, pernah rasa malas tahap nak mendaki tangga menara klcc? Malas gila. Gila yang tahap orang pun tak nak hantar masuk tanjung rambutan. Malas yang bila langsung tinggalkan daripada buat benda 
tu, oh heaven yang amat perasaannya. Tapi pada masa yang sama, rasa awkward, rasa semacam, rasa there’s a piece of heart missing. Dan masa tu mulalah gila tak tentu pasal.

Sesungguhnya, sedarlah bahawasanya kalian telah terbaca satu rangkaian muqadimmah yang boleh tahan hambarnya. 

Harhar.

Berbalik kepada soalan. Pernah atau tidak anda berada dalam konflik dunia sedemikian? 

Malas itu pada darjahnya yang tertinggi pada masa suatu perkara itu dalam status ‘perlu’ dilakukan 
yang menunggu masa untuk jatuh hukum haram.

Tak pasti mana satu? Baiklah.

(Jangan nak pertikai sangat contoh yang berikut)

Mandi pagi. Besarkan sikit skopnya, mandi pada waktu yang mana airnya boleh mendatangkan satu kesan sampingan kepada seorang individu itu pada sentuhan pertamanya. Let it go. Ya, terjerit-jerit dalam satu nada yang sedikit menjengkelkan. Okay hambar bukan.

*Macam mana kalau yang ada heater tu?*

Maklumlah, penulis ni pun tak pernah ada heater dekat rumah selama ni. Okay. Tukar sikit situasinya. Air panas, tetapi suhu persekitaran dah boleh jadi set lakonan filem Frozen, tinggal nak tabur tepung bebanyak je. Di saat baju mula ditanggalkan sedikit demi sedikit, dingin luar yang sudah siaga terus sahaja menerkam tubuh. Lalu berlaku lagi konflik, sama ada terus mandi atau tarik balik baju yang 
dah ditanggalkan tiga perempat dari badan.

Sesungguhnya akan disarungkan kembali pakaian yang tadi kecuali bagi orang-orang yang mengetahui. Dan ketahuilah sesugguhnya mandi saat itu heaven gila oi.

Sangat nikmat hinggalah tubuh tidak lagi disimbah air yang panas tadi. Bila dah habis mandi, 
semangat semangat frozen datang ambush dari segenap penjuru. Habislah kau menggigil dekat situ. 

Dan perkara ini terus berulang pada masa yang mendatang.

- - 

Pernah rasa seronoknya buat dosa, buat benda-benda yang sekadar suka-suka, tiada manfaat padanya. Bukan tiada keseronokan pada mencari pahala, cumanya membuat dosa itu lebih terasa kesannya. 

Rasa seronok hinggakan susah nak tinggalkan. Malas nak bertaubat.

Umpamakan dengan situasi di atas atas tadi. 

Susah tetapi boleh. Dalam kita mula berjalan mendekati pintu taubat, banyak dugaan. Nak tinggalkan on the way tu, pasti ada saja yang mengganggu hinggakan terkubur niat untuk teruskan perjalanan.

Tetapi bila sahaja kata taubat itu dilafazkan, satu perasaan yang tidaklah boleh diungkap semudah itu hadir dalam diri. 



“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya 
Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (16:119)

Rasainya sendiri.

Sepertimana kedinginan kembali menerkam tubuh selepas selesai mandi, begitu jugalah syaitan
kembali menarik kita berhenti minum kopi main catur sembang kosong dekat warung tepi jalan kita 
nak menuju syurga Allah, selepas diri kembali bersih daripada dosa.

Jangan takut.

Kalau lepas mandi tu, terus keringkan air yang tersisa di badan. Lap guna tuala. Kemudian capailah 
pakaian, pakailah takkan nak jadi alas kaki pula. Dengan harapan, takdelah rasa sejuk tu sangat.

Itu soal mandi. Samalah juga dekat perihal selepas bertaubat. 

Terus sarungkan diri dengan pakaian rohani. Lazimi zikir dan istighfar. Istiqamah dalam amal soleh walau sedikit. Dengan harapan, sek bertanduk dua tu kena rancang plan A sampai Z untuk gagalkan misi kita. Dan dengan harapan, Dia nampak. Redha-Nya kita mahu raih. Insya-Allah.

Rabbi yusahhil.


P/s : Lama sangat tak menulis ini hasilnya. Maaf semua.
P/s/s: Winter is coming!

Budak Masam.


Ambil sebiji asam boy, letakkan ke dalam segelas air kosong suam dan kacaukannya sesedap rasa.

Ambil sekeping biskut kering hupseng ke hwatai ke lalu letakkan ke dalam segelas air kosong suam yang lain dan kacaukannya penuh penghayatan.

Selepas seminit, perhatikan apa yang terhasil.

Asam boy tadi terlarut dalam air, menukarkan warna air kepada warna oren kemerah hitaman, apa yang tinggal hanyalah bijinya.

Biskut kering tadi terus hancur, tenggelam ke dasar gelas, sedikit berkeledak air itu.

Yang pertama, kita panggilnya, air asam boy. Sedap.

Yang kedua, kita panggilnya, air biskut kering (?). Tidak.

Kita hanya sebutnya sebagai, biskut yang dah hancur dalam air. Sadisnya.

Jadi apa isunya?

Kita sebagai manusia, pelajar khususnya.

Kepentingan menjadi asam boy dan meninggalkan sifat biskut kering.

Analogikan segelas air kosong suam itu sebagai di mana kaki kita berdiri sepanjang bergelar pelajar.

Jadilah asam boy, walau terlarut di dalamnya namun masih punya jati diri (biji). Jadilah asam, walau tiada rupanya lagi namun air tadi turut berubah warna mengikut apa yang dimahukannya (warna asam boy). 

Jangan jadi seperti biskut kering, baru dikacau sedikit terus sahaja lembik langsung hancur terkubur di dasar gelas. Hinggakan tiada yang mengiktiraf hasilnya sebagai air biskut kering.

Sebagai pelajar, keutuhan jati diri itu penting.

Ke mana pun kita, 

Bawa pengaruh, beri kesan. Bukannya terpengaruh terus berbatu nisan.

Jadilah asam boy, bukannya biskut kering.

Diari Ramadan Feruz 1435H


Bismillahirrahmanirrahim.

Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, ustazah aku ada cakap, kita wajib berikan layanan yang khusus untuk tetamu yang datang ke rumah. Tapi, kalau dia tinggal lama sangat dekat rumah kita, lebih 10 hari macam tu, layanannya kena sama dengan keluarga sendiri. 

Sebab tu bila awal-awal dia datang, makanan kita kena hidangkan, makan dekat meja yang kita hanya guna bila waktu tertentu je, tempat berehat kita sediakan dulu, tak boleh buat bising sampai mengganggu mereka berehat, dan benda lain yang semata untuk menjaga maruah dan menghormati mereka sebagai tetamu.

Lama lepas tu, "Buatlah macam rumah sendiri ya,", "Nak air, dalam fridge tu ada,". Gitu.

Sigh.

Jujur aku katakan, Ramadan tahun ini dirasakan amat berbeza.

'Alah, tiap tahun itu jugalah skrip dia. Tipikal.'

Abaikan.

"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu dekat asrama ada juga bi'ah Ramadan tu. Tapi bila dah tak sekolah ni, rasa macam kosong." -Bekas pelajar sekolah agama.

"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu dekat sekolah harian puasa sebulan apa je entah aktiviti aku. Tapi sekarang dah masuk alam ipt ni, Allah...lagilah taktahu apa yang aku buat sebulan ni." -Mahasiswa Bercelaru

"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu seorang, sekarang dah berdua." -Suami muda. Eh?

Apa yang aku rasa lain?

Biarlah antara aku, Dan, Dia.

Tahun lepas, cengeng sangat aku ni. Sikit-sikit mata berair. Pastu kata dekat Dan aku menguap sebab mengantuk sangat. Eleh menipu. Siap tulis warkah cinta untuk Dan pula tu. Harhar malangnya tak sempat nak kasi dia.

Termenung.

Dan dah tidur. Beg pakaian dia tinggal sikit lagi nak siap kemas. Lepas berbuka esok dia dah kena gerak kalau tidak jalan jammed. Beraya dalam baslah jawabnya.

Pada minggu pertama Dan sampai sini, boleh dikatakan memang masa aku untuk dia sorang. Rindulah katakan. Eh jangan lupa, tetamu diutamakan. Seminggu tu sahur, berbuka, ke masjid bersama.

Aku pun ada beritahu Dan yang tahun ni aku ada misi aku sendiri. Awal-awal lagi aku tak merancang untuk khatamkan al-Quran seperti tahun-tahun sudah. In the end, memang tak pun. Aku beritahu dia, aku nak mula menghafal al-Quran.

Dan senyum. Alhamdulillah dia sokong aku. Dia tolong aku seminggu tu. Dapatlah berapa juz (k ni menipu).

Masuk minggu kedua, Allah dah tentukan aku untuk disibukkan dengan hal yang lain. Hari berganti hari.

Layanan aku terhadap Dan tidak lagi sebagai tuan rumah dan tetamu. Lebih kepada seorang abang dan seorang adik. Abang dan adik dalam keluarga yang pergaulan mesra bukanlah suatu yang common. Tidaklah dingin, cumanya masing-masing buat hal masing-masing tapi masih bergaul.

Sampailah hari ni, esok Dan dah nak balik.

Aku....nak menangis pun tak ada gunanya. Nak minta putarkan masa kembali pun terasa amat bodoh diri ini. Ya, fikiran aku berbalik kepada, "Dapat ke aku jumpa Dan lagi tahun depan?"

Keluh berat.

Tekan butang save. Tidurkan lappy.

Pandang Dan, nyenyaknya dia tidur.

Oh !

Buka balik lappy.

.........

Minggu terakhir abang dan adik ini duduk bersama sebelum berpisah buat 11 bulan sekali lagi. Hambar terasa. Tapinya jangan lupa, tak mesra kitorang pun, air dicincang tak akan putus bila namanya abang dan adik.

Fi hifzillah Dan.

Save. Log out. Zzzz.


Feruz // Tazakkar ya akhi
29 Ramadan 1435H


Belum masanya lagi.


Ya Allah
Sesungguhnya kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka

Ya Allah
Hancurkan kumpulan mereka
Pecahkan persatuan mereka
Leburkan pendirian mereka
Musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka

Ya Allah Yang Maha Memaksa
Ya Allah Yang Maha Perkasa
Ya Allah Yang Maha Membalas
Ya allah Ya allah Ya allah 
Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab

Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka


Qunut nazilah
Bukan hanya dibaca di surau taman kita
Juga dibaca di masjid besi
Masjid negara dan negeri
Masjid nabawi
Masjidil haram
Mustajab berdoa di sana sehari-hari
Satu dunia melantunkan doa ini

Tapi..

Perasan tak satu perkara?

Seolah-olah langsung tidak memberi kesan.
Sepertinya qunut nazilah kita tidak sampai kepada tuhan.

Kita minta
"Musnahkan mereka!"
"Musnahkan mereka!"
"Musnahkan mereka!"

Realitinya, 
Kita sendiri yang kian tumbang.

Apa semua ni?

"Kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita." 

Ini janji Allah.
Kita pegang.
Kita ikut, tanpa kita sedar
Ianya bukanlah sekadar sumbangan duit, makanan dan pakaian
Bukanlah sekadar protes jalanan
Bukanlah sekadar barangan mereka dipulaukan.

Semua itu,
Kita hanyalah membantu umat dan orang Islam.
Alhamdulillah, jazakumullahu khairan kathiran.

Cuma,
Bagaimana pula dengan syiar Islam?
Dianaktirikan?

Protes sana sini, adab islami entah ke mana.
Sumbang itu ini, ibadah tumbang.

Kita boikot nugget diorang je, 
apalah sangat nak dibandingkan 
kalau diorang boikot barangan kita yang ada dua tiga je ni. 
(Eh ada ke?) 

Heh.


After-effect


Haji mabrur

Bukan semudah kau menangis berjela-jela depan kaabah
Bukan sebanyak mana kau bersujud depan kaabah
Bukan dengan mencium hajar aswad yang sekejap cuma
Bukan dengan ibadah yang bersungguh di tanah haram

Bukan dengan semua itu
Untuk kau
Aku, kita semua
Dikurniakan-Nya
Haji mabrur

Kecuali apabila sepasang kaki ini
Kembali bertapak
Di tanah yang halal
Dan tika itu
Kau bukan lagi
Engkau yang dahulu

Engkau yang sekarang
Engkau yang menangis air mata darah depan kaabah
Engkau yang sekarang
Engkau yang basah lidahnya dengan zikrullah
Engkau yang sekarang
Engkau yang soleh solehah
Mukmin dan mukminah

Hingga hayatmu di penghujung
Barulah bagimu,
Haji mabrur

Tempoh perlaksaan haji
Hanyalah sekadar kursus persediaan
Bagi kita menghadapi perkara yang sebenar selepas itu


***


Tempoh sebulan ini
Dua puluh sembilan hari

Tiadalah bezanya

Kita bakal menamatkan sesi tarbiyah di Universiti Ramadhan ini,

Apakah bagi kita ijazah yang sebenarnya?

Istiqamah.





And, it won't be easy. Prepare ourselves.


Allahumma bariklana fi ramadhan.

Musykilah Kabirah


"Weh Dan, aku tak puas hati betul lah."

"Dah kenapa.."

"Dah 6 hari, aku perati je diorang ni. Eh silap. Dari tahun tahun lepas lagi diorang macam ni."

"Macam ni...apa?"

"Saf tak pernah nak lawa, lompang sana sini, masing-masing tak nak mengalah nak ruang besar untuk diri sendiri. Ada kosong tak reti penuhkan...sok sek sok sek.....sampaikan aku pun rasa semacam je nak solat dekat masjid." 

"Jadi?"

"So acana ni? Imam pun takda pula aku dengar suruh betulkan saf bagai. Dapat mic terus Allahuakbar."

"Jadi?"

"Heish, musykilah ah."

"Kau nak aku buat apa? Kau sendiri cakap, kau 'perati je' diorang. Apa yang kau dah cuba buat?"

"Aku....erm." 

*kuis nasi*



Kau datang, aku pergi?


Bismillahirrahmanirrahim.

Kau..
Masih kau ingat janji kita yang dulu?

Janji kau untuk datang lagi jumpa aku.

Aku..
Tunggu.

Erm.

Dan janji aku pada kau.
Kalau boleh aku nak tarik balik.

Aku takut.
Takut tak dapat tunaikan.

Untuk berada di sini menyambut kehadiran kau.

Sebulan itu tak lama.
Tapi macam-macam boleh berlaku.

Jaga diri, jaga iman.
Jaga mereka yang lain
untuk aku
untuk Islam.

Wasalam.


310514
Balighna ramadhan
Syukr.

Sebab tu.


Sebab tu dulu aku tak suka taip haha
tak suka guna emotikon.

Sebab tu.

Akh yang Quwwah


Bismillahirrahmanirrahim.

"Apa itu ukhuwah?" 

Soalan ni dah dalam kategori klise bagi pengguna asefem yang tegar. Jadinya apabila ditanyakan lagi lagi dan lagi soal ini, yang menjawab itu akan cuba untuk memberikan jawapan yang lebih...yeah you know what I mean.

Ok, ketepikan semua tu. Ini tak ada kaitan langsung dengan mereka.

Terus ditanyakan lagi, "Apakah itu ukhuwah?"

Setiap orang merasakan kewujudan ukhuwah itu dalam situasi yang berbeza. Jadi jawapan mereka juga akan turut berbeza. 

"Kalau ada orang tabur gula dekat kita, 
lama-lama akan ada juga semut kita yang pergi dekat gula tu. 
Kalau dia buat baik dekat kita,
lama-lama hati kita akan ke arah menerima dia."


"Ukhuwah bukan sekadar sahabat. Lebih daripada itu."


"Ukhuwah bukan kaunter customer service yang hanya disinggah 
apabila sesat jalan atau kehilangan anak atau untuk mengadukan masalah yang dihadapi.
Ukhuwah itu kaunter pelbagai servis. Dengan berukhuwah, 
bukan hanya untuk kita punya seseorang untuk 
berkongsikan masalah namun untuk kita berkongsikan apa-apa sahaja yang sepatutnya."

Berkait rapat dengan, 

"Apabila wujudnya 4K 1A, wujudlah ukhuwah itu. 
Kebersamaan, 
Kepercayaan, 
Keterbukaan, 
Kerahsiaan 
dan Adabul ihtilaf."

"Ukhuwah ni boleh jadi dua, 
verb (kata kerja) dan noun (kata nama). 
Verb apabila dikatakan kita lakukan sesuatu perkara bersama-sama
Makan sesama, minum sesama, belajar sesama, tidur....sesama. 
What? Tidur sesama dalam satu dorm, bilik, masalah? 
Kemudian dikatakan noun 
apabila berbicara soal pertemuan aku kau dia mereka kita."


"Ukhuwah ini apabila kita punya rasa concern terhadap sesatu pihak."


"Apabila kita jatuh, ada yang menarik
Apabila kita down, futur, ada yang motivate. 
Dan..apabila kita jatuh ke dalam lembah penghinaan kelak, 
ada yang menarik kita ke atas ke sebaik-baik tempat berehat, syurga."


Maaf mencelah. Tadi ada sebut yang semua orang merasai kewujudan ukhuwah itu dalam situasi yang berbeza. Kalau ada orang yang tak dapat merasainya cemana tu?

"Kalau kita tak rasa ukhuwah itu, kita yang ada masalah."

Okay okay.

---


Apakah itu ukhuwah dari sudut pandangan aku sendiri?

Tautan hati. 

Tautan ialah percantuman dua benda rapat-rapat sehingga menjadi satu. Penyatuan.

Apa yang satu?

Allah.

Ukhuwah fillah.

Apabila sudah menjadi satu, matlamatnya juga akan menjadi satu. 

Bertaut hingga ke sana. Syurga Allah. 

---

"Ukhuwah...
Kita tahu dia seorang muslim,
Tak perlu taaruf, terus kepada takaful.
Itu dia."



210514
Biar quwwah 
jangan sampai jadi kuah.
Syukr.



Aku..

Ada benda nak cakap sebenarnya.

Tapi..

Takpelah.

Di mana ?

10 Mei 2014 -- Tepat jam 12.01 tengah hari

Lutut kanannya bergegar sedikit. Tangan dibawa menyeluk poket seluar.

Nokia X bergetar dibawa keluar. Ada panggilan.

Slide down to answer.

"Wehhh, kau tengah di mana sekarang ni?" Pantas saja talian belah sana menyoal.

"Err.. Aku... sekarang ni... tengah di-le-ma,"

*sigh*



Mana satu?
110514
Syukr.

Tong Sampah Hitam Legam



"Nah guna ni,"
"Ni? Tong sampah ni?"
"Ya..ambil jelah ni."
"Err..tong sampah berlubang ni...."
"Apa lagi tercegat? Cepat ah,"
"K. K.."

Telinga paip dipulas. Air mencurah dengan deras; memenuhi tong sampah itu. Cukup. Dia kunci semula paip air tu.

Tak berat pula kan nak angkat dia. Selangkah demi selangkah dia menapak ke hujung sana.

Orang kata alah bisa tegar biasa.

Makin jauh dia berjalan makin senang pula nak bawa tong sampah berisi air tu.

Sampai di sana. Sigh. Dia mengeluh. Mana pergi semua air tadi?

Pandang belakang. Cantik je abstrak air atas tar sepanjang panjangnya.

Tanpa dia sedari dia dah ulang buat benda yang sama lebih sepuluh kali (ini namanya nak pendekkan cerita k). Hasilnya? Penat. Letih. Pancit. Basah lencun.

"Wehhhh, kau tengok apa dah jadi !"
"Erm, apa dia? Kerja dah siap?"

'Ciskek ciskut cisbedebah semua ada...'

Macam tak ada pekdah je buat benda ni.

"Nah tengok ni.."
"Kau nak suruh aku buat apa lagi dengan benda alah ni?"
"Tengok bebetul dalam dia."

Hakikatnya...

'Bersih.'

Fehh.

---


Analogi.
Untuk kita refleksi diri.

Anggap tong sampah itu hati kita,
Yang berlubang itu kerna silapnya niat,
Air sebagai ayat-ayat al-quran,
Perbuatan berulang kali itu sepertimana kita membacanya sehari-hari.

Fikirkan sejenak.


Dah dekat dah.


Bismillahirrahmanirrahim.

Tarik nafas.
Hembus.

Tangannya mencapai tumbler bercorakkan Angry Bird di tepi. Air kosong diteguk perlahan. Sikit sekadar membasahkan tekak.

Rakaman memori cuba dimainkan untuk mengimbau detik-detik manis pahit busuk hanyir di tepi kolam ikan.

Aktiviti memancing pun berjalan.

"Aaa!!" Satu jeritan di hujung belah kiri kolam memecah sunyi. Perempuan, faham sendirilah. Eh.

Seekor Tilapia berjaya didaratkan. Sebesar tapak tangan adiknya darjah tiga. Selepas bermusyawarah, akhirnya ikan tersebut dilepaskan ke dalam kolam semula. Kecil-kecil ni nak bakar pun tak puas.

Tak lama, umpannya menjadi. Kali ini sebesar tapak tangannya sendiri. Kira besarlah tu. Okay masuk baldi.

Jeritan saling bersahut. Keli sebesar tapak kaki adiknya darjah tiga berhasil didaratkan. Erm erm. Tanpa fikir panjang, si pemancing berkata, "Ambil keli ni, sodap kalau bakar ni." Walau sekecil itu. Sebab apa? Sebab itu keli. Payah nak dapat dia kena rasa sendiri.

Jom balik. Maghrib.

----


"Ajal maut ni ibaratkan macam ikan yang kita pancing tadi.."

Dia tersentak sesaat. Peh, sempat lagi abang sorang ni bermuhasabah masa orang tengah polak tunggu ikan tadi. Peh.

"Biasanya memang yang tua akan mati dulu, bukan yang kecil muda. Macam ikan tadi, yang kecil kita lepaskan balik, tapi yang besar kita tamatkan riwayat dia. Kita bakar dia. Kita makan dia (sambil jilat bibir). Tapi hakikatnya, ajal maut tu macam kita dapat ikan keli, tak kira kecil atau besar kita tetap akan bakar dia. Macam tulah kalau Allah nak jemput kita, kun faya kun."

Kali ini dia tersentap dari dalam. Kepala tertunduk. Allah...Allah..

Abang itu bercerita lagi. (diubah suai mengikut pemahaman si penulis)

"Ada satu ketika di mana seorang pemuda berjalan lalu dia terlihat seekor kucing dilanggar oleh sebuah Ferrari lalu mati di situ. Di depan matanya. Kawan di sisinya pun bertanya, "Awat hang tengok semacam je kucing tu?" Dia pun menjawab, "Aku nampak malaikat maut depan mata aku. Malaikat maut yang selama ni aku risau bilalah dia nak muncul tarik nyawa aku, muncul depan mata aku. Tapi bukan untuk aku. Yang pasti, dia cukup dekat dengan aku tadi. Dan aku masih hidup berdiri di sini." Senyap seketika."

Nyamuk aedes berbelang hitam putih hinggap di kakinya.

Pap ! Tamat riwayat makhluk kecil itu di situ.

"Siapa malaikat yang tarik nyawa manusia?"
"Bila Izrail datang memanggil...."
"Ya, malaikat Izrail. Samalah juga dengan haiwan. Tu nampak tak (aduh lupa apa nama dia) yang terbang terbang tu, kena kipas terus babai. Apa yang jadi? Malaikat Izrail dah tarik nyawanya. Erm. Sedar tak 'dia' tu tadi ada dedekat sini je. Dan...mungkin kita yang seterusnya. Istighfar. Istighfarlah."

Tak semena matanya basah. Allahu.. Astaghfirullahal'azim.

----


Kursor dilarikan ke butang publish. Tetiba tangannya terasa gatal. Nyamuk. Pap ! Mati. Heh.

Oh wait, did he was right there just now?

Erm. Ksalam.

Nokia 3310

Pengguna smartphone :

"Alhamdulillah, bersyukur ada smartphone ni. Senang nak berurusan dengan orang ramai. Senang nak dapat berita-berita semasa. Senang nak buat kerja. Memacam applications ada. Best. Nak online pun senang je sekarang ni. Dekat memana pun boleh, kalau ada internetlah hehe. Tapi, best woo guwa cakap. Instagram, wasep, wecet, viber, twitter, bla bla bla. Dah tak terasa bosan dah sehari-hari sejak ada benda ni. Thumbs up!"

"Cuma...satu jelah. Bateri ni cepat habis. Kalah guwa. Kalau guwa baru lepas makan, kena tunggu 4 jam baru rasa lapar balik, dia tak sampai 3 jam lepas siap charge dah tinggal satu bar. Adeh deh."

Pengguna nokia 3310 :

"Alhamdulillah, nasib baik ada henset ni. Nak bawa sekolah pun tak risau kena rampas. Senang sikit nak tekan button untuk mesej makwe aku nanti. Smooth gitu. Anjing nak kejar pun tak berani bila nampak aku angkat henset ni. Hm itu jelah kot. Sayang dia. Memuah!"

Pengguna lappy a.k.a Me :

Awatnya cerita pasal henset ni? Jangan risau. Takda kena mengena antara yang baru dibeli mahupun yang akan dicampak ke longkang esok. Henset memasing boleh letak tepi dulu. Ok.

Smartphone, umum mengetahui bahawa lebih banyak advantages daripada disadvantagesnya based on dia punya specifications and kegunaanya yang pelbagai. Tak dinafikan. Namun masih terdapat musuh dalam selimut. Yupe, the battery. Sekejap-sekejap kena charge. Sebab apa? Sebab banyak sangat guna, untuk online lah, main gamelah, waseping and weceting and so on. Jadi tak hairanlah sekelip mata saja bateri dah kong.

My point is, imagine yourselves as one of the smartphones out there. Bayangkang diri anda sebagai sebuah smartphone. Diri kita, sebagai seorang muslim. Kaitkan dengan smartphone. Hah?

Just imagine that, semua application dalam smartphone tu sebagai aktiviti harian kita seperti, social life, hiburan, study dan lain-lain.

Dan bayangkan bateri smartphone kita tu sebagai iman dalam diri kita ni.

Kaitkan keduanya. Lagi banyak kita guna smartphone untuk pelbagai application tu, lagi cepat bateri berkurang. Dan..lagi banyak kita berhibur, bergaul, beraktiviti harian yang lain, lagi senang iman kita turun, turun, dan turun.

Let's go deeper.

Smartphone. Canggih. Kebanyakannya lawa, menarik. Kalau dijaga elok-elok pun masih ada yang cuba untuk mencurinya, inikan pula yang dibiarkan di atas meja. Tak sampai sesaat dah lesap. Ketahanannya. Not bad. Because, it's worse. Jatuh empat lima kali, dah kena masuk wad. Bagi aku, smartphone ni kureng luar dalam. Kureng rohani dan jasmani. Lebihnya cuma pada penampilan yang dibuat-buat. Tabarruj. Menarik perhatian orang lain. Kena apa-apa sikit, mulalah mogok. Mohon campak laut merah.

If you know what I meant, jangan biarkan diri kita ni jadi serupa smartphone. Baru ditimpakan dengan ujian sikit, dah down. Futur. Putus asa. Jangan jadi macam smartphone, pakai benda memahal sana-sini, dalam luar, tapi takde guna juga pun. Lagi menarik perhatian sehingga menjadi mangsa adalah. Jangan.

Bertukarlah ke nokia 3310.

Kenapa?

Bateri terjaga sebab hanya digunakan untuk urusan-urusan penting seperti call dan message sahaja. Nak call dan message bebanyak pun tak makan bateri. Aplikasikan dalam dunia sebenar, urusan penting tersebut ialah beribadah kepada Yang Esa. Lebih mudah. Tiada gangguan daripada apa-apa aplikasi lain. Iman pun insya-Allah tak senang turun bebanyak.

Jadi seperti 3310. Low profile, zuhud, tidak tabaruj. Bergaya apa adanya. Jadi seperti 3310, kuat. Kuat menghadapi sebarang ujian dan dugaan. Dibaling ke sana ke mari, ditenggelamkan ke dalam kolah, masih elok serba-serbi. Jadi seperti 3310, tidak gentar berdepan musuh. Tidak gentar menentang anjing tompok-tompok hitam putih. Berbakti kepada orang lain apabila berjaya mengusir anjing tersebut.

Jadilah seperti Nokia 3310. Insya-Allah.


p/s : Sesiapa yang mahu menambah atau mengomen apa-apa amatlah dialu-alukan.