Siapa dia? Ha.

Bismillahirrahmanirrahim 

Punya nak dijadikan cerita, 3 bulan yang lepas detik pertemuan aku dan dia. Siapa dia? Ha.

Dari kejauhan memang tidak kelihatan susuk tubuhnya. Hinggalah aku secara tak sengaja menegur satu kelompok kecil yang tiadalah mereka berbuat apa dekat tepi laluan tu. Rata-rata mereka berpakaian macam...ha, macam dah lama tak mandi. Tapi kan tak busuk pun tau.

Lepas berapa ketika, mata aku tertancap padanya. Aku tertarik. Walaupun dia gemuk, dia gemuk, dia comel. Eh tak tak, dia boleh tahan, lawa - putih kulitnya. Situ juga aku buat keputusan nak bawa dia balik. Yay alhamdulillah kini dia milik aku yang halal.

Siapa dia? Ha.

Nak dijadikan cerita lagi, dua tiga hari lepas, aku terpaksa tinggalkan dia sendirian sebab kena keluar ada urusan penting katanya. Benda dah jadi, pulangnya aku disambut oleh berita yang kurang enak. Aku lihat dia dah tak suci. Meski aku tahu memang sebelum aku kenal dia lagi sudah tidak, tapi ini... 

Tuhan jelah tahu sedihnya saat tu.

Dan kini aku masih berkira-kira untuk kembali menerimanya dalam hidup aku.

Siapa dia? Ha.

Baju putih yang aku beli dekat bundle. Dah kata bundle memang beli-beli dulu dah ada kotor sesikit.

Apa yang terjadi sebenarnya? 

Ha haritu jemur dia, tup tup petang tu angin bertiup dengan semangatnya sampai menerbangkan baju tu. Ended up on the sand. Angkat-angkat je, peh kotor beb. 

Rendam punya seharian, kusental punya semangat. Wah, tidak mahu hilang juga. 

Jemur, lipat, simpan dalam almari yang paling dalam. Happy ending?

--------

Pada asalnya kita ni macam baju barulah, suci putih bersih. Lama kelamaan, bertompok-tompok kekotoran. Orang pun letgo, kasi dekat bundle. Lepas tu ada yang membelinya. Hakikatnya boleh je si pembeli tu bersihkan balik. 

Maka beruntunglah mereka-mereka yang diangkut oleh pihak pihak tertentu, untuk dibersihkan dan disental sesental sentalnya.

Tapi bila dah jadi macam atas tu?

Bila mereka dibiarkan walau seketika, apa yang terjadi? Mana boleh jangka angin tetiba nak kuat ke nak ribut ke.

Benda dah kotor, jadi macam tu, bertambahlah kotor dia. Tapi masih boleh diselamatkan.

Cumanya aku je yang dah tawar hati nak bersihkan dia.

Lepas ni jadi kain buruk lap kaki jelah jawabnya.


6 comments: