Separuh Yang Pertama
Senang kata, tiada apa yang dijangkakan selain dua tiga benda yang sepatutnya akan berlaku menjelang akhir tahun ini. Seperdua telah berlalu, banyak juga yang dilalui. Banyak juga yang dirasai. Banyak juga kenangan dan pengalaman baru yang tercipta pada diri.
2018, sama seperti tahun-tahun yang lampau. Hari-hari tidak banyak bezanya. Aku bangun, bergerak lalu kembali tidur sebelum memulakan putaran yang sama esoknya. Masih lagi melayan ketidaktentuan perasaan. Masih lagi menyedari ada turun naiknya iman. Masih lagi mengharapkan yang tidak pasti. Saban hari.
Tidak salah jika aku mahu berkongsi secebis rasa suka, rasa syukur aku sebelum kita meneruskan separuh yang kedua ini.
Alhamdulillah, menginjak ke usia 22 tahun bulan tiga yang lalu dirasakan satu titik perubahan yang sedikit besar bagi seorang anak yang sedang bertatih ke alam dewasa. Apa pencapaian sepanjang 21 tahun yang lalu? Apakah esok akan digapai setiap yang aku mahu? Bertambah usia, bertambah tanggungjawab, bertambah segala macam yang menyesakkan, moga turut bertambah amal dan taqwa. Makin dekat nak mati bukan? Alhamdulillah untuk usia yang panjang ini tuhan.
Tidak lama sebelum itu, aku dah selamat menanggalkan satu bebanan amanah yang bagi aku berat, selamat menamatkan khidmat bersama saf kepimpinan mahasiswa di Jordan. Buat tim 'Tapak Sulaiman', tidak terungkap seuntai kata untuk menzahirkan apa yang terbuku dalam hati ini. Dari rasa syukur, rasa terhutang budi, rasa bersalah sehinggalah rasa sayangnya aku kepada kalian. Maaf dan terima kasih buat semuanya. Jangan lupa 'janji' kita.
Hadiah? Siapa je yang tak sukakan hadiah? Sekecil mana pun, kalau itu benda yang disukainya pasti gembira. Apatah lagi sebesar-besar hadiah yang dia boleh dapat. Untuk ulangtahun kelahiran aku, sepertinya hadiah itu dah aku dapat awal lagi. Alhamdulillah diberi kesempatan dan peluang untuk sekali lagi menjejakkan kaki ke tanah haram yang aku pun tak tahu bila lagi dapat ke sana. Tak ramai yang ada rezeki ke sana, tapi aku dapat untuk kali yang kedua. Maka nikmat tuhan mana satu lagikah yang kau dustakan? Alhamdulillah. Terlalu banyak untuk dikongsikan, mungkin di lain hari.
Malaysia Baharu. Harapnya. Antara perkara paling menarik adalah pengalaman menjadi pengundi kali pertama bagi pilihan raya umum Malaysia. Sedar diri ni masih rakyat Malaysia. Gembira bercampur sedih terharu. Bayangkan kau lihat susah payah pengundi pos, pengundi luar negara untuk berpatisipasi dan menjalankan tanggungjawab mereka kepada tanah air. Aku terharu, tumpah jugalah air mata melihat itu semua. Bertambah sedih bila hakikatnya aku sendiri tak dapat mengundi (adalah sebabnya). Tak apalah. Teruskan hidup dan doakan yang terbaik untuk Malaysia tercinta. Bersama-sama kita menjadi rakyat Malaysia yang baharu semangatnya, jati dirinya, dan mentalitinya. Ayuh!
Mesin masa itu wujud. Atau nama lainnya, mesin untuk mempercepatkan masa. Empat tahun berlalu dalam masa yang aku tak sempat mengira hari-harinya. Tanpa sedar perjalanan aku di tanah orang telah tiba ke penghujungnya. Tanpa sedar aku tidak lagi asing di bumi orang. Tanpa sedar banyak benda sudah berubah. Itulah. Kalau kau mahu setahun itu bergerak seperti satu jam, tuntutlah ilmu. Membaca dan belajarlah. Masa berlalu, dan kau bukan lagi diri kau yang dulu. Jagalah diri, supaya tidak jauh kau berlari. Alhamdulillah, selesai pengajian empat tahun di bumi padang pasir Mafraq. Ini bukan penghujung bahkan permulaan yang sebenar sebagai seorang hamba Allah di muka bumi ini. Dari sini aku akan terjun ke alam realiti, mendepani hakikat masyarakat dunia seorang diri. Tiada lagi sang guru di sisi mahupun murabbi. Tidak lagi mampu diawasi abah dan umi. Sahabat handai juga turut pergi membawa diri ke sana sini. Bersediakah aku? Bismillah.
Apa pun, aku dah selamat kembali ke tanah air. Aku dah selamat menjamah ketupat rendang di hari raya bersama keluarga tersayang. Aku dah selamat pulang. Segala puji dan syukur kepada tuhan untuk segala nikmat ini. Doakan urusan aku seterusnya dipermudahkan dan diberikan petunjuk untuk membuat pilihan yang terbaik. Untuk semuanya.
Sebarang urusan boleh terus hubungi aku, insyaAllah banyak masa terluang buat masa sekarang.
Oh ya, selamat hari raya!
Kullu am wa entum bikheir.
Ciao!
P.s. Jangan pendam lama-lama, takut jadi jeruk.
N (H) O P E
Kerana bila aku lihat langit, aku nampak harapan.
Seluas mana langit itu, seluas itu aku mampu mengisi ruang cita dan impian.
Dan kerana langit itu penuh dengan kejutan,
aku akan terus berharap dan menanti,
untuk melihat pelangi usai gerimis di siang hari.
.....
2018.
Selamat tahun baru.
Esok hanyalah satu hari yang baru, dan akan terus silih berganti.
Seperti langit yang berganti awan waktu demi waktu.
Jatuh bangun.
Mereka kata
Besarkanlah jiwa
Buka
Dan janganlah tertutup
Terima
Dan janganlah sombong
Mereka kata
Kau tak hebat
Bila kau hidup dan di atas
Tapi
Kau hebat
Bila kau dapat hidup di bawah
....
Azam 2018?
Sekejap saja.
Orang kata kalau selalu jumpa kurang rasa rindu. Jadi aku saja lama tak menulis dekat sini. Biar orang rindu.
Masalahnya, rindu ni benda baik ke?
----
Berapa hari lepas seorang junior dekat sini ditimpa benda yang paling aku minta jauh waktu belajar ni.
Kehilangan ahli keluarga.
Kehilangan ahli keluarga.
Tadi videocall dengan abah, cerita haritu ada terjatuh sampai luka sakit sana sini.
..
Tuhan,
jagakan mereka.
Sikit lagi.
Hamdallah hidup lagi.
Apa erti hidup dengan hanya tetap di satu tempat? Apa erti hidup, tiada gerak walau seinci? Apa erti hidup tanpa hala tuju?
Tanpa impian, tanpa harapan?
Apa erti hidup jika sekadar hidup?
Tidur, bangun, mandi, sembahyang, makan, tidur.
Ulang-ulang sampai tiada lagi hidup sekadar berselang hirup nafas.
Aku tahu semua yang hidup ada impian masing-masing. Ada harapan sendiri, walaupun tengok orang begitu kau nak begitu, orang begini kau nak begini juga. Asalkan kau ada sesuatu yang dikejar. Bukan tercegat tidak tahu apa.
Hilang tanpa ada dunia sendiri.
Ada tapi hilang. Hilang tanpa ada apa-apa.
20. Muda lagi? Mungkin. Entah tak tahu lagi. Tengok orang lain semua (kebanyakan) ke arah yang sama. Belajar sampai ada degree. Sampai ada sijil yang boleh buat keluarga bangga, diri sendiri bahagia. Mungkin. Siapa tak nak kan? Dunia tak adil? Entah juga. Tak semua orang dapat apa yang dia nak, walaupun benda yang sama.
Pernah balik kampung, atau berjalan jauh? Aku jarang sebab kampung dekat kl kajang je kahkah. Tapi sekarang aku belajar di kejauhan huhu. K.
Untuk sampai ke satu tempat, setiap sesuatu adalah benda yang tak sabit atau tak tetap. Boleh jadi itu dan boleh jadi ini. Kau masuk dalam kereta, pandang kiri kanan. Ada macam macam macam macam jenis kereta atas jalan. Dari sekecil kecil kancil merah pintu takleh kunci sampai sebesar besar alphard putih yang abah umi selalu cakap kereta orang jahat sebab tingkap hitam tu (hahahahaha) ada atas jalan. Belum lagi kira berjenis-jenis motor yang menyelit antara kereta tu, dan motor yang tak boleh menyelit sebab gedabak sangat (dan kena tinggal kat belakang kahkah). Bas, lori dan lain-lain pun ada.
Lain kenderaan, lain kemampuan dia dari segi kelajuan, kecepatan, ketahanan dan mungkin juga keselesaan untuk sampai ke satu destinasi yang jauh. Kalau kau naik kereta dari kl ke kelantan, dan aku ambil flight terus ke sana, siapa sampai dulu? Kau sampai dulu kalau kau gerak seminggu awal. Tapi masalahnya kita bertolak hari yang sama jadi nak tak nak aku akan tinggalkan kau.
Selain kenderaan, cara pemanduan pun dikira juga. Tak semua sama kan? Ada yang sangat berhemah kalah drive waktu test jpj, ada yang sangat bahaya macamlah itu litar sepang. Ada juga yang jenis sekejap sekejap berhenti di rnr cari kopi, cari tandas. Tak kira lagi yang sekadar jadi penumpang ataupun yang ada driver sendiri kan? Semua tu menatijahkan kesudahan yang berbeza dalam perjalanan ke satu destinasi yang sama.
Pada masa yang sama, ramai juga yang ketinggalan jauh di belakang. Sekadar berjalan kaki, sampai penat lama pula berhentinya. Dengan belum ada lesen kereta, lesen motornya dan segala lesen yang lain. Dengan tak dapat izin mak ayahnya. Dengan tak ada duit tambangnya. Dan dengan ada yang kena tinggal sebab bangun lambat.....
Oh, satu lagi.
Biasa kan dengar berita kemalangan di tengah jalan? Kereta rosak, cedera parah, dan maut di tempat kejadian. Ramai juga ya yang tak dapat sampai ke destinasi walaupun mampu ke sana. Ramai..
---
Ada seorang sahabat berkongsi cerita, tidak dapat sambung pelajaran lebih jauh (degree). Cukup setakat diploma dahulu. Sebabnya? Adalah sebab yang tertentu. Dia sedih.
Siapa tak sedih tengok orang sambung belajar sampai dapat degree kan. Siapa yang tak sedih kan kalau memang itu yang kita nak.
Siapa tak sedih, bila orang yang taktahu apa-apa komen yang macam macam pasal dia kan.
Sejujurnya aku sendiri tak mampu nak kata apa, yelah aku sendiri lagi beberapa bulan bakal pulang dengan segulung ijazah (insyaAlloh), dia pula terpaksa menangguhkan hasrat dia buat sementara waktu. Fuh.
Weh, lantaklah diorang. Hidup kau bukan hidup diorang. Kalaulah semua nak balik raya ke kelantan hari yang sama, pada waktu yang sama, tak ke nanti buat sesak jalan je? Satu hal pula nak layan memacam peel driver atas jalan. Tak rugi pun untuk ada plan dan jadual perjalanan kau sendiri. Sampai bila nak ikut jejak orang lain kan.
Dan kalau mengantuk, berhenti dulu, tidur seminit, secawan kopi. Biar lambat asal selamat. Gitu.
Train too bosan sebab dah tak bergerak (credit: siapa entah)
Okaybai esok last kelas sem ni. Satu sem lagi ayuh kawan kawan!
Jarak.
Tengok dua gambar di atas. Mana satu yang berkenan di hati? The first or the later?
Pinjam idea bro Ikram (@ikramadha), haritu dia tanya lebih kurang macam tu dekat instastory dia (pi follow sana k k). Aku pun bagitahulah aku berkenan dengan yang kedua tu (dia ada kasi empat pilihan ekceli dua daripadanya macam kat atas tu).
Kemudian dia tanya lah kenapa.
"The spaces give meanings."
Cewah sangat jawapan aku kan.
Atau kata lain dia, Minimal.
Minimal ni sejenis makhluk kalau orang putih cakap characterized by the use of simple or primary forms or structures, or distinguished by only one feature. Bahasa mudah dia, simple. Bahasa melayu dia, kurang. Oh ya kalau bahasa hipster dia, the less is more.
Makhluk ni habitat dia ada boleh jadi pada art (seni) atau pada linguistic (linguistik) dan pada benda benda lain yang sesuai. Senang tengok pada seni, graphic design (sooo expected form me). Minimal ni banyak lah sanak saudara dia, dan berbalik kepada dua gambar kat atas tu, antaranya the exploitation of spaces atau penggunaan ruang-ruang yang ada. With the space given, you need to choose to occupy it with stuffs as many as you can, or you can just leave as many spaces as you can with the uses of minimum amount of stuffs.
Bila baca balik banyak kali aku pun pening tulis ayat english ni but just let it be. Takpe korang google je, bersusun macam-macam untuk korang baca kalau nak paham. Aku cuma nak cakap ruang-ruang kosong yang ada tu dia seakan-akan memberi suatu makna, and that what makes it attractive, to me.
Alang-alang korang dah baca sampai ayat ni, nak minta izin bawa korang jalan jauh sikit dalam pikiran aku yang tak seberapa ni.
Spaces yang boleh jadi makna dia 'jarak' ataupun 'ruang', apa yang korang faham tentang benda tu?
Sama ada korang perasan atau tidak, dalam kehidupan seharian kita sendiri penuh dengan jarak dan ruang ni. Eh sesuai ke guna perkataan 'penuh' untuk benda yang kosong macam tu? Eh kosong ke?
Hakikatnya jarak dan ruang tu pada asalnya membawa makna tidak ada sesuatu padanya. Contoh macam ruang. Kau pi masuk LRT atau KTM, selagi masih ada ruang selagi tu kau boleh masuk. Sebab ruang di situ bermaksud tak ada orang dan kau boleh penuhkan ruang tu.
Jarak pula, erm payah pula nak kasi contoh haha. Sebab aku terpikirkan hubungan jarak jauh je (haha k tetiba). Jadi macam mana jarak boleh membawa maksud tidak ada sesuatu padanya? Tak ada dekat padanya. Tak ada dekat antara dua benda. Acceptable? Ala kalau ada dua orang yang duduk berjauhan, bukan ke takde peluang diorang nak berjumpa kan kan. Kalau aku dekat Jordan, family aku dekat Mesia, bukan ke aku takde can nak beraya sama-sama dengan orang? Ha okay diterima. Sobs.
Suka aku nak bercerita pasal ruang (more than jarak sebab nanti sedih haha k tak). Dekat mana atau bila masa kita boleh nampak jarak dalam kehidupan kita ni? Kemudian, apa yang ruang ni beri kepada kita, how does it benefits us?
Banyaaaaaaak. Nak cerita semua jawabnya tak terpublish lah benda ni.
Okay kau bangun daripada tidur waktu pagi sampai lah kau kembali tidur waktu malam. Apa ruang yang ada sepanjang tu? Waktu solat. Macam-macam yang kita buat sepanjang seharian kita kan, dan lima waktu solat setiap hari adalah ruang-ruang kosong untuk kita masuk ke dalamnya and take a break. Recharge ourselves. Use the spaces given.
Nak tahu apa yang lebih menarik? Dalam solat kita pun ada ruang-ruang kosong and somewhat it's good to have it. Toma'ninah. Apa tu? Berhenti sebentar atau tetap atau diam seketika dalam setiap rukun solat kita. Dan kau takkan jumpa toma'ninah dalam solat patuk ayam atau orang panggil solat ekspress (smh).
Baru-baru ni aku ada terkesan sedikit bila solat jemaah kat sini. Solat terawih lebih tepat. Macam biasa jemaah lepas isyak, lapan rakaat terawih. Dan sepuluh malam terakhir ni, jemaah akan mula qiyam cukupkan 20 rakaat terawih (tambah lagi 12 rakaat masa qiyam). Ada sedikit perasaan yang berbeza masa dirikan 12 rakaat tu, selain sebab orang guna istilah qiyamullail untuk tu, ada beza dalam toma'ninah dia. Imam akan panjangkan sikit berhenti seketika antara rukun solat. Beza dengan lapan rakaat sebelumnya tu, imam buat setakat yang cukup memandangkan jemaah yang ramai. Orang kata meraikan mereka yang nak solat terawih eh. Sebab waktu qiyam yang 12 rakaat tu jemaah adalah dalam satu saf je itupun ada lima enam orang anak-anak arab.
Apa yang aku boleh cakap, bila imam panjangkan atau lamakan toma'ninah dia tu, kau akan dapat rasa sedikit ketenangan dan benda tu boleh tolong kau untuk bertambah khusyuk. Cubalah. Toma'ninah tu sendiri dalam bahasa arab membawa maksud ketenangan dan kerehatan. Fuh fuh.
Antara contoh lain ruang yang ada dalam hidup kita ni macam lepas satu sem kau pulun study empat lima bulan, lepastu cuti yay yay! Tapi cuti dua minggu kahkah. Dan banyak lagi lain, engkorang pikirlah.
Dan untuk menjadikan entri ni bersempena bulan Ramadan, aku terpaksa juga guna satu perkataan Ramadan dalam ni walaupun dah cerita pasal solat terawih tadi. Okay dah guna dua kali dekat situ.
Setuju tak kalau aku cakap, bulan Ramadan yang sebulan ni adalah satu ruang untuk kita? Yelah lepas sebelas bulan yang lain tu kita dah makan macam macam, bulan nilah ruang dan peluang untuk kita servis balik badan kita (maaf tak jumpa perkataan sesuai haha) dengan berpuasa sebulan. Kan kan kan.
Jadi, apa lagi ruang yang kita ada dan apa yang ruang tu boleh beri kepada kita?
. . . . .
25 Ramadan dan aku rasa belum terlambat nak buat ucapan. So yeah.
Ramadan kareem, selamat menjalani ibadah Ramadan yang berbaki. Jom qiyam cari laila hikhik.
Okay terakhir.
Ruang, sebenarnya kosong atau untuk mengisi kekosongan?
P.s. Saja guna gambar Jordan sebab tahun ni raya dekat sini lagi T-T
Bukan cerita seorang noob.
Selain soalan-soalan skema untuk budak oversea seperti,
-
Eh bila balik sini?
Bila balik sana pula?
Berapa tahun lagi sana?
Balik nak sambung apa?
Eh kos apa?
Eh ada eh orang melayu belajar Jordan?
Aaaaaa Jordan tu apa dia?
-
ada satu soalan lain yang aku suka.
"Bila dekat sana paling teringin nak makan apa?"
Nasi goreng kampung.
Banyaklah lagi lain termasuklah siput sedut masak lemak pucuk paku peh. Noob betul siapa tak makan binatang tu. Lagi noob siapa yang makan tapi tak reti sedut siput tu hekleh. Nikmat sedutan dia boleh khayal dua saat. Sebab kau sedut terus masuk ke tekak. Noob. Ada lagi satu perangai noob pemakan siput sedut. Sedut dari depan tak boleh, dia pergi tiup dari belakang. (pergi google mana satu depan mana satu belakang) Aku tahu sebab aku dahulu pun seorang noob.
Siapa sakit hati baca atas tadi dia noob.
Kah.
Kalau siapa tak tahu, cara penyediaan gulai siput sedut ni takdelah susah mana pun. Masak gulai tu macam biasalah. Jadi nanti kau pergi beli siput dekat pasar. Dia kotor berselut berlumpur berpasir apa semua tu. Kotor tu nanti bersihkanlah. Bersihkan sebersih bersihnya. Kemudian sementara diorang (siput) duk berlumba lumba nak panjat keluar dari bekas cepat cepat ambil sekor-sekor, pap! Potong bahagian belakang dia. Jangan jadi noob kat sini. Teknik kena betul kalau tak sia-sia je hancur siput tu. Kita nak buang belakang dia sikit je. Kalau kau nak buang semua, baik kau pergi makan kat kedai sana. Ceh.
Kenapa nak kena buang macam tu? Untuk memberikan pengalaman sedutan siput yang terindah dalam hidup kau. Slurpp! Sekali sedut dah keluar sedia untuk dimakan isinya. Dia jadi senang sebab dia dah tak bersambung dengan shell dia (shell bahasa melayu apa?)
So that's it. Siput sedut for noobies.
***
Kau tak dapat semua benda yang kau nak dalam hidup ni. Tak boleh.
Untuk adanya sesuatu kadang-kadang akan ada yang perlu hilang. Untuk mendapatkan sesuatu kadang-kadang akan ada yang perlu diketepikan. Untuk terus ke hadapan kadang-kadang akan ada yang perlu ditinggalkan di belakang.
Aku pun taktahu ini motivasi ke apa yang aku dapat daripada seketul siput ni. Ibrah mungkin. Kenyang perut kenyang rohani. Acewah. (Done dakwah)
Menyeru semangat. Sekali lagi akan meninggalkan banyak benda yang kau sayang dekat sini, untuk menyambung musafir kau di tempat yang jauh sana. Fuh.
Doakan.
Kbai nak sambung kemas barang tiga jam lagi nak gerak airport bai.
Yang akan merindui gulai siput sedut,
Bukan lagi budak noob.
Yang akan hilang, yang akan datang.
Keluar berjalan cuci-cuci mata dengan kawan.
Nampak beg, kau nak beli. Kawan tanya kenapa nak yang itu?
"Aku suka warna dia. Merah dia wow. Garang."
Nampak kasut, kau nak beli. Kawan tanya kenapa nak yang itu?
"Aku suka material dia. Sedap pakai. Selesa."
Nampak henset, kau nak beli. Kawan tanya kenapa yang itu?
"Aku suka kamera dia. Gambar lawa. Kalah dslr."
Nasib baik duit cukup untuk beli coolblog je. Order satu blue coral untuk kau, satu oreo blog untuk kawan. Duduk berehat sekejap dekat bangku.
"Aku rasa aku patut belilah beg tadi. Beg yang haritu aku beli warna purple dia dah luntur. Tak lawa dah. Ada putih-putih pula tu. Nak tukarlah."
Nasib baik tak ada duit. Blue coral tinggal separuh.
"Aku rasa nak trade in lah Sony Z1 aku ni. Kau tahu tak dia punya kamera dah tak betul. Maksud aku, gambar semua tak lawa. Kecewa aku dulu beli sebab kamera power kot. Rasa-rasa berapa boleh dapat untuk Iphone 7 tu eh?"
Nasib baik tak ada duit. Blue coral sikit lagi nak licin.
"Dahlah jom balik."
Buang cawan coolblog ke dalam tong sampah. Habis. Hilang dahaga sepanjang berjalan tadi.
-------
Hidup kita ni satu pilihan. Hidup kita memerlukan kita untuk membuat pilihan. Sama ada itu atau ini. Sama ada satu atau dua. Sama ada dia atau dia. Pilihlah. Kau berhak buat pilihan sendiri.
Ironinya di sebalik pemiilihan itu sendiri, kau kena pilih antara dua benda.
Kau pilih untuk mengikut sesuatu sebab atau kau pilih untuk mencari suatu hikmah.
Sebab atau hikmah?
Sebab yang akan hilang dan hikmah yang akan datang.
Kau mahukan benda tu sebab rupa dia yang lawa pada awalnya, dan kau tinggalkan benda tu sebab dah hilang tarikan padanya di kemudian hari. Sebab sudah tak ada sebab untuk kau terus simpan benda tu dengan kau. Sebab itu, pilihlah elok-elok.
Atau kau pilih untuk mencari hikmah di sebalik semua benda yang berlaku.
Kau nak beli kasut baru. Kau perlukan kasut baru. Tapi kau punya duit yang sedikit cuma. Kau pun belilah sepasang kasut ni tapi kau tak berkenan sangat pun. Kau beli sebab itu saja yang cukup dengan duit kau. Dengan rasa tak berapa seronoknya, kau pakai benda tu sampailah betul-betul dah ajal dia.
Dan saat itu, kau akan dapat hikmah dia kenapa kau beli juga haritu walaupun kau tak berkenan. Itupun kalaulah kau cari hikmah itu. Yelah. Selama kau pakai kasut tu, kau dapat kumpul duit secukupnya untuk beli kasut yang betul betul kau nak. Selama kau pakai kasut tu juga, mungkinlah banyak benda yang berlaku. Benda yang baik-baik. Kau mungkin pernah jadi hero kejar peragut masa kasut tu masih tersarung di kaki kau. Manalah aku tahu. Kaulah fikir sendiri.
Aku tahu benda ni tak berapa nak logik. Yelah kasut tu dah lunyai kau nak fikir apa lagi. Buang. Tukar baru jelah. Kan.
Pilihlah kau nak buat apa.
Yang lelaki nak kahwin pun kena pilih perempuan berdasarkan empat benda. Pilihlah kau nak utamakan mana satu. Pilihlah. Kalau aku pilihkan, aku jelah yang kahwin. K.
-----
Aku tahu aku suka kaitkan benda yang memang langsung takde kaitan. Tapi aku nak cuba kaitkan juga.
Apa yang aku nampak, bilamana kau sedar dan bilamana kau tahu, apa yang kau mahu dan apa yang kau perlu, kau akan mula nampak hikmah tu datang sikit-sikit.
Baca balik mesej tersirat aku cuba sampaikan dekat coolblog tu.
P.s. Tak, aku tak maksudkan nak belanja coolblog pun -..-
Masin manis kehidupan.
Hallak!
Aku bukanlah orang yang selayaknya mahu berbicara soal masakan, soal tatacara juga kaedahnya yang sepatutnya. Kalau bab sedap tak sedap mungkinlah aku antara ahlinya.
Tapi tergerak hati ni nak mencoret sedikit di sini selepas tadi aku ada masuk ke dapur sekejap untuk bermain dengan gula dan garam (baca: memasak). Tak masak apa pun (betul ni serius) cuma tambah air dekat lebihan kari ayam semalam. Ha semalam kari tu aku yang masak (pembaca perlu tahu). Selain tambah air, aku juga tambah gula dan garam dan...siap untuk dimakan!
Pernah haritu banyak kali juga duk fikir benda ni. Apa beza 'satu gelas air dengan dua sudu gula' dan 'setengah gelas air dengan satu sudu gula'? Apa juga bezanya kalau 'setengah gelas air dengan dua sudu gula'?
Katakanlah yang gelas pertama tu, rasanya just nice apabila air dan gula seimbang jadi tidak begitu manis. Begitu jugalah kan dengan gelas yang kedua sebab rationya juga seimbang, jadi tidak begitu manis. Tidak bagi gelas ketiga, dua sudu gula agak terlebih bagi setengah gelas air yang akan jadikannya terasa paling antara ketiga-tiganya.
Tak ada kaitan dengan sains mahupun matematik. Ha kau fikir sendiri. Pengambilan gula, kurangkan gula dalam pemakanan apa semua tu bla, bla, bla, bagi aku bukan kayu ukurnya pada rasa kemanisan pada satu-satu benda tu. Memang semata-mata pada kadar pengambilan tu sendiri. Tak kisahlah air berapa banyak berapa liter pun, kalau memang gula tu sendiri memang banyak, be it too sweet, or tasted bland, it's still so wrong. Dalam hal ni, air tu sendiri jadi alasan untuk membenarkan pengambilan gula yang berlebihan tu.
Sebab tadi aku ter-campak gula banyak sangat, jadi aku cuba seimbangkan balik dengan campak sebanyak-banyak garam dalam tu (jangan gelak aku tahu macam pelik tapi diam lol). Hasilnya memang rasa cukup-cukup sedap je tapi Allah jelah yang tahu betapa banyaknya aku masukkan tadi haha.
Masih tak mengubah hakikat sebenarnya.
Sebab lepas tu aku terfikir satu benda lagi, tak pasti berkait ke tak tapi nak tulis juga. Dia semacam kau dah buat benda-benda dosa ni banyak sangat, sampai satu tahap kau rasa nak seimbangkan balik diri kau, lalu kau pun buat amal kebaikan untuk meraih pahala sebanyak-banyaknya. Sebab apa? Sebab tak nak rasa diri kau banyak sangat dosa. Win win situation lah kiranya. Tapi....itulah kan.
Nanti mesti ada orang kata, nak hilangkan dosa taubatlah. Entah aku terfikir benda tu macam lepas dah ambil gula garam banyak sangat tu, pergilah exercise, makan sayur ke, diet ke bla bla bla kbai.
LDR : Light-Dependent Resistor
Siapa kau siapa aku?
Siapa kau pada aku?
Di malam malam aku
Kaulah bintang
Dalam selubung gelap itu
Jauh di atas sana
kau datang
Beri sekelumit cahaya
Membawa tenang kala musafir aku
tengah pasir yang kontang.
Kau bintang
Namun aku bukanlah si alim falak
Jauh sekali pakar tilik
Cuma si musafir sesat di kejauhan
Seringkali melangut ke atas mencari arah
Tetap juga tersasar
Kau bintang
Senyum aku melihat kau sayang
Sayang
Hanya di mata
Dan kau jauh di sana
Jauh sekali mahu diraih
Apatah lagi mahu dibawa
bersama
Kau bintang
Tetaplah bersinar
Memberi seribu satu makna
di malam-malam ummat manusia
Nanti saja kaki ini berhenti menapak
Tamatlah sudah kembara sang musafir
Dan mungkin kau bukan lagi bintang yang dahulu
Kerna tiada lagi istilah malam buat aku
Tanah dahulu yang kontang
Jauh aku tinggalkan
Untuk sampai ke sini
Tanah yang diberkati
Subur dengan ciptaan Ilahi Rabbi
Aku nampak bunga-bungaan
Tidak lagi melihat bintang bergemelapan
Terbit rasa suka
Penuh kecintaan
Ingin saja aku petik
sekuntum yang mekar tumbuh
Langsung sang mentari menyapa
memancar sinarnya ke tubuh
Mana mungkin itu kau
Mana mungkin kau yang kembali menyapa
Itu sang mentari
bukan gumpalan bintang yang bercahaya
Atau benar itu kau?
Wahai bintang...yang mendekat
Berpaling aku mencari kau
Terus kembali mengalih pandangan
ke tepi
Ingin sekali aku melihat kau
Terus aku terkebil sendiri
Kau bintang
Kini mentari
Suatu ketika kau jauh, sayang
Kini kau mampir ke mari
Ada masa kau kelihatan
Tidaklah kau tercapai
Tidak juga aku merasa hakikat kau
yang sebenarnya
Tiba saat aku mula merasakan
hangatnya kewujudan kau
Tidak pula aku betah menahan
seksa menatap zahirnya kau
Mungkin dulu aku seorang musafir jalanan
yang mencari kunci kepada suatu persoalan
Sehingga satu ketika aku berhenti
untuk menemukan sepatah jawapan
Siapa kau pada aku
Bukan pada jarak
untuk aku temukan jawapan
Tetapi pada masa
dan usaha yang menentukan
Jadilah kau bintang
mahupun matahari
Pergilah kau menjauh
ataupun datang dekat ke sini
Tunggu saja nanti
Apabila mata di balik kaca mata hitam
Tidak lagi cuba menahan silau
Wahai mentari
***
Lama baru aku tersedar, ada yang lagi indah daripada itu. Eh bukan juga. Ada yang boleh aku dapatkan tanpa perlu bersusah payah. Sekalipun aku lihat kau di balik kaca hitam itu, tetap juga kau bukan milik aku.
Rupa-rupanya betullah. Aku cuma perlukan masa. Kita perlukan masa, dan usaha.
Kau hai mentari, tinggi harapan aku agar kau tidak hanya memancar sinar suria di siang-siang hari. Alangkah indahnya jika kau dapat bersatu dengan alam seluruhnya. Kau mentari, ada juga udara, air, angin juga tanah di sana. Diri kau yang sekarang, aku dapat lihat keindahan yang akan terpancar seiring masa berjalan.
Lalu aku, akan persiapkan diri untuk menerimanya.
Sampai masanya nanti, biar tangan ini bersedia untuk memetik kuntuman bunga daripada kau itu. Indah bukan? Aku dapat memilikinya selama mana dipinjamkan sang Pencipta.
***
Tapi usah kau lupa. Hakikat di luar sana ramai juga ummat manusia yang tercari-cari kuntuman bunga untuk dipetik. Berbahagialah kau di saat ada tangan lain yang mampir memetik dengan penuh sayangnya.
Kerna aku sedar, takut-takut aku terpaut pada bebunga lain yang tumbuh merata di luar sana.
Kerna jarak ini bukan apa-apa. Biar masa dan usaha yang menentukan.
15.52
13/0/616
Mafraq, Jordan
Orang yang paling dibenci.
Dah lama tak bermain dengan modul 'militan' macam sebelum ni. Walaupun ringkas cukuplah nak dijadikan modal untuk entri ringkas ni.
Diminta untuk menulis satu perkara dalam konteks jenis orang yang paling dibenci pada sekeping kertas, aku kemudiannya berfikir sejenak lalu menuliskan 'orang yang menyusahkan orang lain'.
Modul digerakkan dengan cara perlu mencari tiga orang yang menuliskan perkara yang sama sebelum waktu tamat.
...
Cuma nak cakap. Maaf kalau sebelum ni banyak menyusahkan korang.
Siapa dia? Ha.
Bismillahirrahmanirrahim
Punya nak dijadikan cerita, 3 bulan yang lepas detik pertemuan aku dan dia. Siapa dia? Ha.
Dari kejauhan memang tidak kelihatan susuk tubuhnya. Hinggalah aku secara tak sengaja menegur satu kelompok kecil yang tiadalah mereka berbuat apa dekat tepi laluan tu. Rata-rata mereka berpakaian macam...ha, macam dah lama tak mandi. Tapi kan tak busuk pun tau.
Lepas berapa ketika, mata aku tertancap padanya. Aku tertarik. Walaupun dia gemuk, dia gemuk, dia comel. Eh tak tak, dia boleh tahan, lawa - putih kulitnya. Situ juga aku buat keputusan nak bawa dia balik. Yay alhamdulillah kini dia milik aku yang halal.
Siapa dia? Ha.
Nak dijadikan cerita lagi, dua tiga hari lepas, aku terpaksa tinggalkan dia sendirian sebab kena keluar ada urusan penting katanya. Benda dah jadi, pulangnya aku disambut oleh berita yang kurang enak. Aku lihat dia dah tak suci. Meski aku tahu memang sebelum aku kenal dia lagi sudah tidak, tapi ini...
Tuhan jelah tahu sedihnya saat tu.
Dan kini aku masih berkira-kira untuk kembali menerimanya dalam hidup aku.
Siapa dia? Ha.
Baju putih yang aku beli dekat bundle. Dah kata bundle memang beli-beli dulu dah ada kotor sesikit.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ha haritu jemur dia, tup tup petang tu angin bertiup dengan semangatnya sampai menerbangkan baju tu. Ended up on the sand. Angkat-angkat je, peh kotor beb.
Rendam punya seharian, kusental punya semangat. Wah, tidak mahu hilang juga.
Jemur, lipat, simpan dalam almari yang paling dalam. Happy ending?
--------
Pada asalnya kita ni macam baju barulah, suci putih bersih. Lama kelamaan, bertompok-tompok kekotoran. Orang pun letgo, kasi dekat bundle. Lepas tu ada yang membelinya. Hakikatnya boleh je si pembeli tu bersihkan balik.
Maka beruntunglah mereka-mereka yang diangkut oleh pihak pihak tertentu, untuk dibersihkan dan disental sesental sentalnya.
Tapi bila dah jadi macam atas tu?
Bila mereka dibiarkan walau seketika, apa yang terjadi? Mana boleh jangka angin tetiba nak kuat ke nak ribut ke.
Benda dah kotor, jadi macam tu, bertambahlah kotor dia. Tapi masih boleh diselamatkan.
Cumanya aku je yang dah tawar hati nak bersihkan dia.
Lepas ni jadi kain buruk lap kaki jelah jawabnya.
Benda dah kotor, jadi macam tu, bertambahlah kotor dia. Tapi masih boleh diselamatkan.
Cumanya aku je yang dah tawar hati nak bersihkan dia.
Lepas ni jadi kain buruk lap kaki jelah jawabnya.
Selagi sempat.
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah. Dah habis satu sem, sem pertama. Ada lagi....
Jangan dikira.
Sebab tadi exam. Kelam kabut je sebelum masuk dewan. Dengan arabnya yang masih baca nota, okay lagi, sebab ada je yang duduk duduk terus minta jawapan. Lawak apa. Senang bebuat tak faham je.
Sebab sendiri pun nak buat selakan terakhir dekat nota, lepas tu kawan cakap,
'Dah nak kiamat baru nak solat bebanyak...'
'Haha kejap lagi nak exam pun sekarang pulun baca nota lagi..' Aku sambung. Sengih sekali sebab rasanya memang dia tujukan dekat arab depan dan tepi kitorang.
Deep tak deep, sendiri terasa. Ouch sangat.
Bahasa jiwa bangsa.
Bismillahirrahmanirrahim
Bila dah kena 'bodoh' dengan pak arab sendiri tak tahu nak rasa apa. Sama ada nak marah atau nak gelak. Sebab 'bodoh' tu 'bodoh' bm. Bukan 'jahil' ba. Walaupun tahu dia bergurau, nak gelak pun tak sampai hati sebenarnya sebab rasa macam sendiri diperbodohkan.
Memang. Istilah carutan tu memang universal, senang je nak belajar walau berlainan bahasa. Paling senang melayulah. Eh tak, paling senang melayu nak belajar yang lain.
Awal dulu, sebelum sampai sini lagi ada yang mengajar bahasa kurang elok, katanya guna masa emergency (bergaduh dengan sohib rumah ke mualim pasar ke).
Tak baiknya... Haha nasib baik belum guna lagi.
Rasa macam nak je guna,
Tapi sendiri pengecut dengan arab kahkahkah!
Sebab esok birthday....
Bismillahirrahmanirrahim
Tahu apa beza orang yang wish birthday dekat wall korang dengan ucapan 'hb', 'sanah helwah', 'selamat hari jadi', lepas dia nampak noti dekat friends' birthday....
Dengan kawan sekolah rendah yang dulu pernah sesama kena pulas telinga, dulu pernah sesama borak pasal makwe pakwe, tetiba dia mesej kau sedang kau pun dah tak cam dia sangat. Dia tulis, 'Happy birthday kawan lama. Rindu nak gelak cubit peha kau..'.
Ada beza orang yang memang kenal kau dengan orang yang kenal kau melalui orang atau benda lain.
Tahu apa beza orang yang wish birthday dekat wall korang dengan ucapan 'hb', 'sanah helwah', 'selamat hari jadi', lepas dia nampak noti dekat friends' birthday....
Dengan kawan sekolah rendah yang dulu pernah sesama kena pulas telinga, dulu pernah sesama borak pasal makwe pakwe, tetiba dia mesej kau sedang kau pun dah tak cam dia sangat. Dia tulis, 'Happy birthday kawan lama. Rindu nak gelak cubit peha kau..'.
Ada beza orang yang memang kenal kau dengan orang yang kenal kau melalui orang atau benda lain.
Oh nikmatnya !
Bismillahirrahmanirrahim.
Sebelum tertulis muqaddimah yang boleh tahan awkwardnya...
Ha, pernah rasa malas tahap nak mendaki tangga menara klcc? Malas gila. Gila yang tahap orang pun tak nak hantar masuk tanjung rambutan. Malas yang bila langsung tinggalkan daripada buat benda
tu, oh heaven yang amat perasaannya. Tapi pada masa yang sama, rasa awkward, rasa semacam, rasa there’s a piece of heart missing. Dan masa tu mulalah gila tak tentu pasal.
Sesungguhnya, sedarlah bahawasanya kalian telah terbaca satu rangkaian muqadimmah yang boleh tahan hambarnya.
Harhar.
Berbalik kepada soalan. Pernah atau tidak anda berada dalam konflik dunia sedemikian?
Malas itu pada darjahnya yang tertinggi pada masa suatu perkara itu dalam status ‘perlu’ dilakukan
yang menunggu masa untuk jatuh hukum haram.
Tak pasti mana satu? Baiklah.
(Jangan nak pertikai sangat contoh yang berikut)
Mandi pagi. Besarkan sikit skopnya, mandi pada waktu yang mana airnya boleh mendatangkan satu kesan sampingan kepada seorang individu itu pada sentuhan pertamanya. Let it go. Ya, terjerit-jerit dalam satu nada yang sedikit menjengkelkan. Okay hambar bukan.
*Macam mana kalau yang ada heater tu?*
Maklumlah, penulis ni pun tak pernah ada heater dekat rumah selama ni. Okay. Tukar sikit situasinya. Air panas, tetapi suhu persekitaran dah boleh jadi set lakonan filem Frozen, tinggal nak tabur tepung bebanyak je. Di saat baju mula ditanggalkan sedikit demi sedikit, dingin luar yang sudah siaga terus sahaja menerkam tubuh. Lalu berlaku lagi konflik, sama ada terus mandi atau tarik balik baju yang
dah ditanggalkan tiga perempat dari badan.
Sesungguhnya akan disarungkan kembali pakaian yang tadi kecuali bagi orang-orang yang mengetahui. Dan ketahuilah sesugguhnya mandi saat itu heaven gila oi.
Sangat nikmat hinggalah tubuh tidak lagi disimbah air yang panas tadi. Bila dah habis mandi,
semangat semangat frozen datang ambush dari segenap penjuru. Habislah kau menggigil dekat situ.
Dan perkara ini terus berulang pada masa yang mendatang.
- -
Pernah rasa seronoknya buat dosa, buat benda-benda yang sekadar suka-suka, tiada manfaat padanya. Bukan tiada keseronokan pada mencari pahala, cumanya membuat dosa itu lebih terasa kesannya.
Rasa seronok hinggakan susah nak tinggalkan. Malas nak bertaubat.
Umpamakan dengan situasi di atas atas tadi.
Susah tetapi boleh. Dalam kita mula berjalan mendekati pintu taubat, banyak dugaan. Nak tinggalkan on the way tu, pasti ada saja yang mengganggu hinggakan terkubur niat untuk teruskan perjalanan.
Tetapi bila sahaja kata taubat itu dilafazkan, satu perasaan yang tidaklah boleh diungkap semudah itu hadir dalam diri.
“Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (mengampuni) bagi orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat setelah itu dan memperbaiki (dirinya), sesungguhnya
Tuhanmu setelah itu benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (16:119)
Rasainya sendiri.
Sepertimana kedinginan kembali menerkam tubuh selepas selesai mandi, begitu jugalah syaitan
kembali menarik kita berhenti minum kopi main catur sembang kosong dekat warung tepi jalan kita
nak menuju syurga Allah, selepas diri kembali bersih daripada dosa.
Jangan takut.
Kalau lepas mandi tu, terus keringkan air yang tersisa di badan. Lap guna tuala. Kemudian capailah
pakaian, pakailah takkan nak jadi alas kaki pula. Dengan harapan, takdelah rasa sejuk tu sangat.
Itu soal mandi. Samalah juga dekat perihal selepas bertaubat.
Terus sarungkan diri dengan pakaian rohani. Lazimi zikir dan istighfar. Istiqamah dalam amal soleh walau sedikit. Dengan harapan, sek bertanduk dua tu kena rancang plan A sampai Z untuk gagalkan misi kita. Dan dengan harapan, Dia nampak. Redha-Nya kita mahu raih. Insya-Allah.
Rabbi yusahhil.
P/s : Lama sangat tak menulis ini hasilnya. Maaf semua.
P/s/s: Winter is coming!
Budak Masam.
Ambil sebiji asam boy, letakkan ke dalam segelas air kosong suam dan kacaukannya sesedap rasa.
Ambil sekeping biskut kering hupseng ke hwatai ke lalu letakkan ke dalam segelas air kosong suam yang lain dan kacaukannya penuh penghayatan.
Selepas seminit, perhatikan apa yang terhasil.
Asam boy tadi terlarut dalam air, menukarkan warna air kepada warna oren kemerah hitaman, apa yang tinggal hanyalah bijinya.
Biskut kering tadi terus hancur, tenggelam ke dasar gelas, sedikit berkeledak air itu.
Yang pertama, kita panggilnya, air asam boy. Sedap.
Yang kedua, kita panggilnya, air biskut kering (?). Tidak.
Kita hanya sebutnya sebagai, biskut yang dah hancur dalam air. Sadisnya.
Jadi apa isunya?
Kita sebagai manusia, pelajar khususnya.
Kepentingan menjadi asam boy dan meninggalkan sifat biskut kering.
Analogikan segelas air kosong suam itu sebagai di mana kaki kita berdiri sepanjang bergelar pelajar.
Jadilah asam boy, walau terlarut di dalamnya namun masih punya jati diri (biji). Jadilah asam, walau tiada rupanya lagi namun air tadi turut berubah warna mengikut apa yang dimahukannya (warna asam boy).
Jangan jadi seperti biskut kering, baru dikacau sedikit terus sahaja lembik langsung hancur terkubur di dasar gelas. Hinggakan tiada yang mengiktiraf hasilnya sebagai air biskut kering.
Sebagai pelajar, keutuhan jati diri itu penting.
Ke mana pun kita,
Bawa pengaruh, beri kesan. Bukannya terpengaruh terus berbatu nisan.
Jadilah asam boy, bukannya biskut kering.
Diari Ramadan Feruz 1435H
Bismillahirrahmanirrahim.
Aku ingat lagi masa sekolah rendah dulu, ustazah aku ada cakap, kita wajib berikan layanan yang khusus untuk tetamu yang datang ke rumah. Tapi, kalau dia tinggal lama sangat dekat rumah kita, lebih 10 hari macam tu, layanannya kena sama dengan keluarga sendiri.
Sebab tu bila awal-awal dia datang, makanan kita kena hidangkan, makan dekat meja yang kita hanya guna bila waktu tertentu je, tempat berehat kita sediakan dulu, tak boleh buat bising sampai mengganggu mereka berehat, dan benda lain yang semata untuk menjaga maruah dan menghormati mereka sebagai tetamu.
Lama lepas tu, "Buatlah macam rumah sendiri ya,", "Nak air, dalam fridge tu ada,". Gitu.
Sigh.
Jujur aku katakan, Ramadan tahun ini dirasakan amat berbeza.
'Alah, tiap tahun itu jugalah skrip dia. Tipikal.'
Abaikan.
"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu dekat asrama ada juga bi'ah Ramadan tu. Tapi bila dah tak sekolah ni, rasa macam kosong." -Bekas pelajar sekolah agama.
"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu dekat sekolah harian puasa sebulan apa je entah aktiviti aku. Tapi sekarang dah masuk alam ipt ni, Allah...lagilah taktahu apa yang aku buat sebulan ni." -Mahasiswa Bercelaru
"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu seorang, sekarang dah berdua." -Suami muda. Eh?
Apa yang aku rasa lain?
Biarlah antara aku, Dan, Dia.
Tahun lepas, cengeng sangat aku ni. Sikit-sikit mata berair. Pastu kata dekat Dan aku menguap sebab mengantuk sangat. Eleh menipu. Siap tulis warkah cinta untuk Dan pula tu. Harhar malangnya tak sempat nak kasi dia.
Termenung.
Dan dah tidur. Beg pakaian dia tinggal sikit lagi nak siap kemas. Lepas berbuka esok dia dah kena gerak kalau tidak jalan jammed. Beraya dalam baslah jawabnya.
Pada minggu pertama Dan sampai sini, boleh dikatakan memang masa aku untuk dia sorang. Rindulah katakan. Eh jangan lupa, tetamu diutamakan. Seminggu tu sahur, berbuka, ke masjid bersama.
Aku pun ada beritahu Dan yang tahun ni aku ada misi aku sendiri. Awal-awal lagi aku tak merancang untuk khatamkan al-Quran seperti tahun-tahun sudah. In the end, memang tak pun. Aku beritahu dia, aku nak mula menghafal al-Quran.
Dan senyum. Alhamdulillah dia sokong aku. Dia tolong aku seminggu tu. Dapatlah berapa juz (k ni menipu).
Masuk minggu kedua, Allah dah tentukan aku untuk disibukkan dengan hal yang lain. Hari berganti hari.
Layanan aku terhadap Dan tidak lagi sebagai tuan rumah dan tetamu. Lebih kepada seorang abang dan seorang adik. Abang dan adik dalam keluarga yang pergaulan mesra bukanlah suatu yang common. Tidaklah dingin, cumanya masing-masing buat hal masing-masing tapi masih bergaul.
Sampailah hari ni, esok Dan dah nak balik.
Aku....nak menangis pun tak ada gunanya. Nak minta putarkan masa kembali pun terasa amat bodoh diri ini. Ya, fikiran aku berbalik kepada, "Dapat ke aku jumpa Dan lagi tahun depan?"
Keluh berat.
Tekan butang save. Tidurkan lappy.
Pandang Dan, nyenyaknya dia tidur.
Oh !
Buka balik lappy.
.........
Minggu terakhir abang dan adik ini duduk bersama sebelum berpisah buat 11 bulan sekali lagi. Hambar terasa. Tapinya jangan lupa, tak mesra kitorang pun, air dicincang tak akan putus bila namanya abang dan adik.
Fi hifzillah Dan.
Save. Log out. Zzzz.
Feruz // Tazakkar ya akhi
29 Ramadan 1435H
Lama lepas tu, "Buatlah macam rumah sendiri ya,", "Nak air, dalam fridge tu ada,". Gitu.
Sigh.
Jujur aku katakan, Ramadan tahun ini dirasakan amat berbeza.
'Alah, tiap tahun itu jugalah skrip dia. Tipikal.'
Abaikan.
"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu dekat asrama ada juga bi'ah Ramadan tu. Tapi bila dah tak sekolah ni, rasa macam kosong." -Bekas pelajar sekolah agama.
"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu dekat sekolah harian puasa sebulan apa je entah aktiviti aku. Tapi sekarang dah masuk alam ipt ni, Allah...lagilah taktahu apa yang aku buat sebulan ni." -Mahasiswa Bercelaru
"Aku rasa lain tahun ni, kalau dulu seorang, sekarang dah berdua." -Suami muda. Eh?
Apa yang aku rasa lain?
Biarlah antara aku, Dan, Dia.
Tahun lepas, cengeng sangat aku ni. Sikit-sikit mata berair. Pastu kata dekat Dan aku menguap sebab mengantuk sangat. Eleh menipu. Siap tulis warkah cinta untuk Dan pula tu. Harhar malangnya tak sempat nak kasi dia.
Termenung.
Dan dah tidur. Beg pakaian dia tinggal sikit lagi nak siap kemas. Lepas berbuka esok dia dah kena gerak kalau tidak jalan jammed. Beraya dalam baslah jawabnya.
Pada minggu pertama Dan sampai sini, boleh dikatakan memang masa aku untuk dia sorang. Rindulah katakan. Eh jangan lupa, tetamu diutamakan. Seminggu tu sahur, berbuka, ke masjid bersama.
Aku pun ada beritahu Dan yang tahun ni aku ada misi aku sendiri. Awal-awal lagi aku tak merancang untuk khatamkan al-Quran seperti tahun-tahun sudah. In the end, memang tak pun. Aku beritahu dia, aku nak mula menghafal al-Quran.
Dan senyum. Alhamdulillah dia sokong aku. Dia tolong aku seminggu tu. Dapatlah berapa juz (k ni menipu).
Masuk minggu kedua, Allah dah tentukan aku untuk disibukkan dengan hal yang lain. Hari berganti hari.
Layanan aku terhadap Dan tidak lagi sebagai tuan rumah dan tetamu. Lebih kepada seorang abang dan seorang adik. Abang dan adik dalam keluarga yang pergaulan mesra bukanlah suatu yang common. Tidaklah dingin, cumanya masing-masing buat hal masing-masing tapi masih bergaul.
Sampailah hari ni, esok Dan dah nak balik.
Aku....nak menangis pun tak ada gunanya. Nak minta putarkan masa kembali pun terasa amat bodoh diri ini. Ya, fikiran aku berbalik kepada, "Dapat ke aku jumpa Dan lagi tahun depan?"
Keluh berat.
Tekan butang save. Tidurkan lappy.
Pandang Dan, nyenyaknya dia tidur.
Oh !
Buka balik lappy.
.........
Minggu terakhir abang dan adik ini duduk bersama sebelum berpisah buat 11 bulan sekali lagi. Hambar terasa. Tapinya jangan lupa, tak mesra kitorang pun, air dicincang tak akan putus bila namanya abang dan adik.
Fi hifzillah Dan.
Save. Log out. Zzzz.
Feruz // Tazakkar ya akhi
29 Ramadan 1435H
Belum masanya lagi.
Ya Allah
Sesungguhnya kami letakkan Kamu di batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan mereka
Ya Allah
Hancurkan kumpulan mereka
Pecahkan persatuan mereka
Leburkan pendirian mereka
Musnahkan langkah mereka
Cengkamkan anjing-anjing-Mu kepada mereka
Ya Allah Yang Maha Memaksa
Ya Allah Yang Maha Perkasa
Ya Allah Yang Maha Membalas
Ya allah Ya allah Ya allah
Yang turunkan kitab
Yang gerakkan awan
Yang tewaskan tentera ahzab
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Kalahkan mereka
Dan menangkan kami ke atas mereka
Qunut nazilah
Bukan hanya dibaca di surau taman kita
Juga dibaca di masjid besi
Masjid negara dan negeri
Masjid nabawi
Masjidil haram
Mustajab berdoa di sana sehari-hari
Satu dunia melantunkan doa ini
Tapi..
Perasan tak satu perkara?
Seolah-olah langsung tidak memberi kesan.
Sepertinya qunut nazilah kita tidak sampai kepada tuhan.
Kita minta
"Musnahkan mereka!"
"Musnahkan mereka!"
"Musnahkan mereka!"
Realitinya,
Kita sendiri yang kian tumbang.
Apa semua ni?
"Kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita."
Ini janji Allah.
Kita pegang.
Kita ikut, tanpa kita sedar
Ianya bukanlah sekadar sumbangan duit, makanan dan pakaian
Bukanlah sekadar protes jalanan
Bukanlah sekadar barangan mereka dipulaukan.
Semua itu,
Kita hanyalah membantu umat dan orang Islam.
Alhamdulillah, jazakumullahu khairan kathiran.
Cuma,
Bagaimana pula dengan syiar Islam?
Dianaktirikan?
Protes sana sini, adab islami entah ke mana.
Sumbang itu ini, ibadah tumbang.
Kita boikot nugget diorang je,
apalah sangat nak dibandingkan
kalau diorang boikot barangan kita yang ada dua tiga je ni.
(Eh ada ke?)
Heh.
Subscribe to:
Posts (Atom)





